Wednesday, 19 September 2018

Dari 2013 ke 2018

Dari 2013 ke 2018 

Jauh dan lama perjalanan sejak first entry 2013 (Perjuangan yang belum tamat) ke second entry (19 September 2018)

2013, baru dua tahun habis sekolah menengah, setelah SPM ke kolej persediaan ke luar negara. Sedang berada dalam tahun kedua struggle dalam nak selesaikan kolej sebaik mungkin dengan result yang cukup dan layak untuk "fly" ke luar negara. 

Alhamdulillah, dengan result yang cukup makan, lepas lah untuk sambung pelajaran di luar negara. Negara Omputih, sejuk bersalji (tapi sangatlah sikit minima dan hanya rezeki kalau pun salji turun di bulan Januari atau Februari). 

2014-2017 (2 tahun setengah menuntut ilmu di negara orang). Awal tahun 2017, pulang semula ke tanah air untuk menyambung baki 2 tahun setengah di tempat sendiri. 

So, to the next entry... adios 

Wednesday, 12 June 2013

Perjuangan Yang Belum Tamat


Assalamualaikum. Ini adalah post pertama dalam blog saya. Maka, perkara pertama yang saya tekankan disini adalah:

1. Ini adalah blog peribadi dan segala apa yang ditulis adalah pendirian sendiri atau pengalaman peribadi. Tidak sesuai dirujuk untuk hujah atau bukti. Ambil sebagai ilmu dan pengajaran diri sendiri.
2. Saya mengalu-alukan sebarang komen dan juga pendapat. Kutuklah saya untuk mengajar saya pada masa hadapan. *Cuma kritiklah dengan sopan dan adabnya.

Hmm, berkenaan dengan tajuk. Saya sendiri tidak jelas akan apa yang saya ingin luahkan disini. Tetapi, sekadar mengingatkan semua termasuk diri saya bahawa perjuangan yang sebenar masih jauh perjalanannya.
Sebagai seorang penuntut ilmu, saya fokuskan perkara ini berkaitan dengan perjalanan utk menimba seberapa banyak ilmu yg kita boleh.


Ilham bagi menulis entry ini dari Tun Dr Mahathir Mohamad, berdasarkan sajak beliau. Sekadar penutup, perjalanan menempuh exams dr UPSR, PMR dan SPM adalah sekadar cebisan kecil dari kehidupan ini.

:)